Saturday, October 30, 2010

TaZkiRaH

0 comments
DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

Friday, October 29, 2010

Kita Sebenarnya...

0 comments
Kita Sebenarnya....

.....lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
.....lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
.....lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
.....lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
.....lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

.....lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
.....lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
.....lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
.....lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

.....lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
.....lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
.....lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
.....lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
.....lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
.....lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.....lebih cintakan DUNIA daripada cintakan AKHIRAT !

Renung-renugkanlah...

WALLAHHUALLAM

racun & PENAWAR

0 comments
Sabda Rasullullah (saw):- "Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu,maka celupkanlah dan kemudian buanglah(lalat) itu.Kerana sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat PENAWAR manakala pada sebelah yang lain terdapat RACUN."

Sunday, October 24, 2010

I L0vE y0u all

0 comments
Aku punya teman 
Yang selalu hadir 
menggembirakan hati 
menghibur lara membuang keresahan 

  Aku punya sahabat 
Yang sering muncul 
jauh dilubuk hati 
meski sudah lama terpisah 
di ruang rindu kamu ada  

Aku punya kawan 
yang menjadi tempat 
aku mencurah rasa 
ketika sedih mahupun gembira 
kerana aku percaya kamu  

Aku punya cinta 
yang aku gelar kawan selamanya 
meski hati pernah terluka 
aku terubat kerana aku tahu 
aku terlalu perlu kamu 

 I LUV YOU ALL



Saturday, October 23, 2010

Kata-Kata Hikmah

0 comments
1) SELAGI BERGELAR MANUSIA
Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan
Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur
Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka
Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga
Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta

Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti. Ingatlah, malaikat tidak pernah berhenti mencatat.....

2) RINDU
Sesungguhnya jika rindu itu dirasai, rindulah pada seseorang yang merindui syahid dijalanNya.
Jika rindu seseorang…moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah…
Jangan biarkan rindu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaNya…

3) MAKNA KEBAHAGIAAN
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi

4) MALU
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah bersabda “Iman terdiri daripada lebih dari 70 bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman “
                                                                                                                        Bukhari dan Muslim

5) CINTA
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)

6) MAKNA KEBAHAGIAAN
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi

7) Balasan 
Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dengan buah

 
8) Perempuan  
Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya 

 
9) ANGRY
 
Anyone can become angry - that is easy.
But to be angry with the right person, to the right degree,
at the right time, for the right purpose, and in the right way
- this is not easy.
                       
ARISTOTLE, The Nicomachean Ethics

Friday, October 22, 2010

MiNgGu kOKuM

0 comments
Minggu lepas iaitu bermula 18-22 oktober 2010, pihak IPG kampus Keningau telah mengadakan minggu kokurikulum bagi memilih para pelatih untuk mewakili pihak institut ke Sukan KAGUM. Antara permainan yang dijalankan ialah bola jaring, hoki, tennis, bola baling, dan bola tampar. Kesemua permainan ini dianjurkan oleh GERKO permainan masing-masing.

1) Pertandingan Hoki dan Bola Jaring
Pertandingan hoki dan bola jaring berlangsung pada hari yang sama iaitu pada hari selasa (19 Oktober 2010) iaitu bermula pada jam 2.30 petang.
Perlawanan hoki antara PISMP BM SEM 2 dan PPRET

Ni plak org men bola jaring di Gelanggang Tennis...tp x tau la spa yang lwn ni sbb aq pn x tgk...hehehe
2) Pertandingan Tennis
Pertandingan tennis ni plak berlangsung pada ari RABU (20 Oktober 2010) bertempat di gelanggang tennins IPG Kampus Keningau.
Eh??mcm knal ja org ni...oh ya, lau mo tau, ni la PEMAIN TENNIS NO.1 DUNIA sekarang....
hehehehe

"emm....lmbt jg dorg ni men, bla la kmi mo men ni...."

ni la antara peminat-peminat sukan TENNIS...hik3..


3) Pertandingan Bola Baling
Pertandingan bola baling ni pn berlangsung pada hari RABU (20 Oktober 2010) bertempat di padang IPG.
 bwa la bola 2 Von...bwa p asrama trus...

"Nah..rasakan ni....BALINGAN MAUT!!!!"


4) Bola Tampar
Pertandingan bola tampar ni berlansung pada ari KHAMIS (21 Oktober 2010) bertempat di Gelanggang Bola Tampar IPG Kampus Keningau.


 "Bha, jga2 kmu d sna aaa...sya mo pukul sda ni...SERVIS BERDARAH!!!"


 Antara ATLIT yang bakal mewakili MALAYSIA ke Sukan Olimpik



"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Okey la...abis sda...jgn lpa komen2 la....















bUaH ohh BuAhh!!!

0 comments
1) Khasiat Tembikai



Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA  berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.


Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.


Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.


Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.

2) Buah Naga


Khasiat buah NAGA:
  • Sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
  • Memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi
  • Meneutralkan toksik dalam darah
  • Mencegah kanser usus
  • Mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah
  • Menurunkan kadar lemak dalam badan
  • Mengadungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung
  • Mengandungi serat untuk mengawal kanser usus, kencing manis, dan diet
  • Mengandungi KROTIN untuk kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit
  • Mengandungi kalsium untuk menguatkan tulang
  • Mengandungi fosferos untuk pertumbuhan tisu badan
  • Mengandungi zat besi untuk menambah darah
  • Mengandungi vitamin B1 untuk mengawal kepanasan badan
  • Mengandungi vitamin B2 untuk menambah selera
  • Mengandungi vitamin B3 untuk mengurangkan kolestrol
  • Mengandungi vitamin C untuk menambah kelicinan, kehalusan kulit, serta mencegah jerawat

 

Thursday, October 21, 2010

TeKa TeKi

0 comments
Soalan : Apa beza tayar kereta dengan kondom?
Jawapan : Tayar kereta kalau bocor boleh menghilangkan nyawa, kondom plak kalau bocor boleh menambahkan nyawa.

Soalan : Apa yang mahal pada BMW
Jawapan : Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu...

Soalan : Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Jawapan : Rumah terbakar

Soalan : Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.
Jawapan : Orang sedang panjat tiang talipon.

Soalan : Ubat apa yang tak ada kesan sampingan (side effect)?
Jawapan : Viagra dan Krim membesarkan payudara. Kesan dia ke depan, bukan ke samping.

Soalan : Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Apa dia?
Jawapan : Lilin kek harijadi.

Soalan : Bibir bertemu bibir. Tangan asyik meraba lubang. Mata terpejam menikmatinya. Wat apa tu??
Jawapan : Orang sedang meniup seruling.

Soalan : Apa nama sudirman masa kecil?
Jawapan : Sudirboy.

J0m RiLeKs

0 comments
1) Kisah Lelaki Sengau dengan pemandu bas

 Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut...
“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu...
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”

Pemandu itu pun menjawab...
“Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…


2)Lawak Phua Chu Kang

Aloy : Why is making love so enjoyable ?
PCK : Aiyah, ah boy, enjolable becaws, same like when you dig your nose with your finger mah !

Aloy : Do you think women enjoy sex more than men ?
PCK : Of course woman lah ! When you dig dig your nose, your nose feel better than your finger, right ?

Aloy : Why do women hate it when they get raped ?
PCK : Ai-yah ! Say, you walk along the load, den someone come over and dig your nose, you like or not ? Ehhh ? Don't pray pray ah !


Aloy : Why is it a woman cannot have sex when she is having her menses?
PCK : Oy !! If your nose bleeding, you still go and dig meh?? Siow
ah ! Use your blain, use your blainnn ...........

Aloy : Why is it most men don't like wearing condoms when they are making love ?
PCK : Ehhhh, when you dig your nose ah, you like to dig with a glove on your finger or not ? Not the same shiok feeling mah. Corlight or not?


Aloy : Why is making love carried out in private ?
PCK : Ah boyyyyy, use your blain, use your blainnnnn .............................. you go and dig your nose in flont of your whole class izit ?? Stupid lah!!

Aloy : Wah ...... Uncle Chu Kang, you are very good.
PCK : Aiyah ....... ," Best in Singapore, JB, some say Batam, and now, the whole world!" also ah!!!


3) Lawak Kemalangan
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : "Oh... kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : "Oh... lelaki itu sedang mabuk masa memandu.... dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

"Oh... okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu
Polis: !!!??