Friday, October 22, 2010

bUaH ohh BuAhh!!!


1) Khasiat Tembikai



Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA  berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.


Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.


Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.


Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.

2) Buah Naga


Khasiat buah NAGA:
  • Sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
  • Memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi
  • Meneutralkan toksik dalam darah
  • Mencegah kanser usus
  • Mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah
  • Menurunkan kadar lemak dalam badan
  • Mengadungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung
  • Mengandungi serat untuk mengawal kanser usus, kencing manis, dan diet
  • Mengandungi KROTIN untuk kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit
  • Mengandungi kalsium untuk menguatkan tulang
  • Mengandungi fosferos untuk pertumbuhan tisu badan
  • Mengandungi zat besi untuk menambah darah
  • Mengandungi vitamin B1 untuk mengawal kepanasan badan
  • Mengandungi vitamin B2 untuk menambah selera
  • Mengandungi vitamin B3 untuk mengurangkan kolestrol
  • Mengandungi vitamin C untuk menambah kelicinan, kehalusan kulit, serta mencegah jerawat

 

No comments:

Post a Comment